Enigmatic songz

Sunday, May 8, 2011

Another updatezz!!

So...I wuz thinkin bout opening a forum...and I did few years ago...I forgot already that site...after checking the bottomless pit of my email i found out my old blog account...my old website...and many more much to said(haha...whadda hell does that mean neway). Yorokoi (rejoice...bkan shampoo tpi bergembiralah dalam BJ..bahasa jepun bukan bahasa jawi k) new jokes!!

Copy cut and edit b4 paste kali ni...pasal ni dari blog orang...tpi diorang pn ambik dari tmpat lain jga...aku saja kdang2 edit mau kasi best crita dia...my cuz said my jokes are no.1 (masuk bakul tapi x bleh angkat sendiri...berat..pakham2 la maksud dia 2)

Anak Ajaib


Ali adalah seorang anak kecil yang masih hingusan, naif dan jujur. Suatu hari dia sedang bermain bersama kawannya yang retarded.

Abu: "Ayahku selalu bilang aku adalah anak yang istimewa kerana aku dilahirkan pada 09-09-1999 sembilan tahun setelah orang tuaku menikah"

Ati: "Aku juga, aku disebut anak bertuah kerana dilahirkan
2 tahun setelah pernikahan orang tua aku tepatnya 08-08-1998″

Ali: (Tidak mau kalah) "Ayahku cakap aku anak ajaib, bayangkan saja aku lahir tahun 07-07-1998!"

Abu: "apa yang ajaib? kan angkanya tak sama?"

Ali: "Memang tapi orang tuaku menikah tahun 1999, ajaib kan ?

Teringat plak aku citer so lamely retarded kat astro aruna dulu...tajuk dia sama gak...lagu dia...plz...ffffuuuu annoying...hehe sorry obefiend of blogserius.blogspot.com aku pinjam trademark kau....lagipun aku dah panjangkan "U & F" dia....

Goodbye Mr. Guru Besar!!

Ketika itu adalah akhir tahun persekolahan, dan seorang Guru Besar sedang menerima hadiah dari murid-muridnya. Salmi anak kepada seorang pemilik kedai bunga memberinya hadiah. Guru Besar menggoyangkan kotak hadiah itu, memegangnya di atas kepala, dan berkata, "Aku yakin aku tahu apa ini. Beberapa kuntum bunga..?"

"Itu benar" anak murid itu berkata, "tapi bagaimana Cikgu tahu?"

"Oh, hanya meneka," katanya.

Murid berikutnya adalah anak perempuan kepada seorang pemilik kedai manisan. Guru Besar memegang hadiah itu, menggoyangnya, dan berkata, "Aku yakin aku boleh meneka apa ini. Sebuah kotak gula-gula."

"Itu benar, tapi bagaimana Cikgu tahu?" tanya murid itu.

"Oh, hanya meneka," kata Guru Besarnya.

Hadiah berikutnya adalah dari anak seorang pemilik kedai minuman keras. Guru memegang kotak hadiah itu, tapi kotak itu bocor. Dia menyentuh setitik kebocoran itu dengan jarinya dan menyentuh ke lidahnya.

"Apakah anggur?" ia bertanya. "Tidak," jawab anak murid itu, dengan gembira.

Guru mengulanginya, mengambil cairan dari kotak yang bocor itu ke lidahnya.

"Apakah champagne?" ia bertanya.

"Tidak," jawab anak murid itu, dengan lebih banyak tersenyum.

Guru merasai lagi sebelum menyatakan,

"Aku menyerah, apa ini?"

Anak murid itu menjawab, "Itu anak anjing!"

And now for 18sx jokes (xda porno sini...cari tmpat lain...it's just 18+ jokes kay) budak kecik nyah dari sini (adeii kunun...lepas umur 18 baru temberang mau cakap...pooorah)

Tips first-timer

1. Berbaringlah dengan tenang, meskipun anda pasti akan merasa tegang atau gemnentari..

2. Dia akan mendekat dan menanyakan apakah anda takut. Kalau dia bertanya demikian, gelengkanlah kepala anda dengan penuh keberanian.

3. Lalu dia akan mulai memasukkan ‘perkakas’-nya. Mungkin suhu badan anda akan meningkat. Tapi tenang saja, dia akan melakukannya dengan gentle..

4. Dia akan memandang mata anda dalam-dalam, dan meminta anda untuk percaya padanya. Jangan khawatir, dia sudah punya banyak pengalaman dalam hal ini.

5. Senyumnya yang menawan akan membuat anda sedikit rileks, dan dia akan meminta anda untuk membuka lebih lebar agar dia dapat masuk dengan mudah. Saat ini mungkin anda akan memintanya agar melakukan apa yang ingin dia lakukan dengan cepat. Tapi dia tidak mau terburu-buru. Dia tidak ingin anda kesakitan.

6. Dia juga akan menanyakan kalau-kalau anda merasa sakit. Meskipun berlinangan air mata, tetaplah gelengkan kepala anda, dan minta dia untuk meneruskannya. Pada momen ini mungkin anda juga akan merasa sedikit mati rasa.

7. Setelah beberapa saat, anda akan merasakan suatu kelegaan yang luar biasa, dan dia akan menarik ‘perkakas’-nya keluar. Dia akan tersenyum hangat, dan memuji betapa hebatnya anda.
8. Tersenyumlah, karena bagaimanapun, ini adalah pengalaman pertama anda

Itu lah tips untuk cabut gigi pertama kali !!! Nah...lain sudah difikir 2...otak pink betul(manada otak kuning...2 pnyakit 2)

Malam Pengantin

Suatu malam aku dan teman mengintip jiran sebelah pasangan pengantin baru pada jam 12 malam, terdengar suara pengantin perempuan bersuara:

"Bang! cepat lah bukak! I nak rasa ni bang"

Tiba-tiba terdengar pengantin perempuan teriak "Aduh!".

Lalu aku dan teman ku tak sabar lalu panjat dan mengintip, rupa-rupa nya mereka sedang kopek durian...! dah!...bikin aku dan teman suspen aja!

Macam Bayi

Sepasang kekasih yang hendak menikah sedang berbincang. Si Gadis berbisik pada kekasihnya, "Sekarang waktunya kita saling jujur agar kelak kita tidak kecewa."
Si Pemuda mengangguk.

Gadis berkata "Sesungguhnya dada saya rata..seperti papan...kalau kau tidak suka katakan saja. Kita boleh batalkan pernikahan ini. Saya sedia menghadapinya", kata gadis.
Pemuda dengan lemah lembut menjawab, "Itu tidak masalah. Bagiku seks bukanlah hal yang pen! ting. Tetapi cinta kasih" Gadis pun lega mendengarkannya.

"Saya juga perlu mengatakan sesuatu sejujurnya padamu.", jelas pemuda. Gadis mengangguk tersenyum. "Sesungguhnya 'anu' saya seperti bayi...", kata pemuda. "Sstt...sudahlah itu tidak penting. Bagiku seks bukanlah hal yang penting. Tetapi cinta kasih.", sahut si Gadis. Pemuda pun lega mendengarkannya.

Malam pengantin tiba. Gadis mula membuka baju dan nampaklah dadanya yang
memang..memang...benar-benar.. rata. Pemuda hanya tersenyum melihatnya.
Kemudian pemuda mula membuka seluarnya sehingga nampaklah 'anu'nya.
Melihat itu gadis menjerit dan pengsan. Setelah sedar si gadis bertanya, "Kau katakan 'anu'mu seperti bayi...?"

"Ye la memang seperti bayi,... panjang 50 cm dan berat 3 kg"

Buat BaBY

Sepasang suami isteri sudah lama mencuba utk mendapatkan anak. Setelah mendapatkan nasihat dari doktor, akhirnya mereka bersetuju utk menggunakan kaedah "anak tumpang" atau kata lain, isterinya itu akan menggunakan benih lelaki lain utk mengandung.. Setelah bersetuju dan memilih bakal lelaki yang akan "menyedekahkan" spermanya, maka satu hari..
berkatalah si suami "Ok sayang.. abang pergi dulu... sebentar lagi lelaki tu akan datang..." (lelaki yang nak dermakan sperma dia)Sambil menunggu kedatangan penderma tersebut, tiba² muncul seorang jurugambar yang kerjanya ambik gambar² bayi.

"Selamat pagi puan.. saya datang utk...." belum sempat habis bercakap, si isteri tadi memotong kata²nya dan berkata "oh ya.. saya memang menunggu awak..""errr ye ke?" kehairanan photographer tu.."kalau macam tu..bagus la.. saya dah buat banyak bayi yang istimewa..(maksudnya gambar bayi yang baik la.. )"Itu la yang suami dan saya harapkan.."kata si isteri.." silakan masuk..dan duduk la..""Hmmm macamana kita nak start???" tanya si isteri setelah beberapaketika..."Serahkan pada saya puan... saya selalunya buat di bathtub... sekali kat atas sofa.. dan beberapa kali di katil.. kekadang kat atas lantai diruang tamu saja. itu pun seronok juga..anda mesti suka..." kata lelakitadi menerangkan tempat2 yang sesuai utk diambil gambar.. "Bathtub??? atas lantai...??? Patutlah ianya tak pernah berkesan pada saya dan suami..kami selalu lakukan di bilik tidur saja.. "jelas isteri...."Puan, tak da orang yang boleh gerenti ianya baik setiap kali.. tapi kalau kita pelbagaikan posisi dan saya shoot dari beberapa angle.. saya jamin...anda akan suka dengan resultnya... Si isteri tercengang...

Puan..dlm keja saya nie..seseorang mesti mengambil masa sikit..saya suka berada di luar dan di dalam buat beberapa ketika.. tapi tentu puan tak suka.."Macam saya tak tau???" kata si isteri..Photographer tadi mengeluarkan gambar2 bayi yang sungguh comel dari briefcasenya.. "yang ini saya buat masa di atas bus kat London.."Hah!...atas bas????" terkejut si isteri..."Yang kembar ini plak memang tak disangka2.. bila anda tau bahawa memang susah nak bekerjasama ngan emaknya.. " kata photograper tadi.. "Emaknyer susah nak bekerjasama????" tanya si isteri.. "Ya... memang susah.. sehingga saya terpaksa bawa dia ke Hyde Park utk buat keja dengan baik.. orang ramai mengerumuni kami ketika itu..utk melihat dengan jelas apa yang kami lakukan..." "Di depan public???"terkejut si isteri.

"Ya..dah tu..lebih kurang 3 jam baru selesai.. emaknya.. menjerit,terpekik.. sehingga saya tak boleh nak concentrate..bila tupai2 dah datang menghampiri alat saya.. saya terpaksa berhenti melakukannya.. " cerita si Photograper.. "awak maksudkan tupai² tu really usik awak punya....alat???" tanya si isteri.. "Ya puan... tak per la.. Puan dah bersedia ker.. Saya akan siapkan tripod.... lepas tu kita akan mulakan.."Tripod????"nak buat aper..??? "tanya si isteri.."OH..itu utk laraskan alat saya nanti... ianya terlalu besar utk saya pegang lama-lama.. ""er puan.???Puan??? la..dier pengsan!!

Seman Malang
Satu lagi malam kemenangan buat Seman Wheelie. Terbeliak matanya mengira wang yang dimenanginya setelah mengalahkan Awang Neo dalam perlumbaan tadi. Khusyuk mengira, tidak disedari lansung dek Seman yang Ani, antara gadis yang paling anggun di kawasan Pertama Kompleks, sudahpun membonceng motornya.Didakapnya Seman dari belakang sambil berbisik manja ke telinga Seman,"Bang, bawakla Ani balik malam ni. Ani sunyi la tido sorang-sorang nanti..."

Jari jemari Seman yang asyik mengira wang sejak tadi tiba-tiba berhenti. Kepalanya yang terhangguk-hangguk menunduk terus terdongak dek lambaian suara manja Ani yang menghembus ke telinganya. Seluruh badannya kaku, tergamam sejenak bagaikan dipanah petir.

Tanpa berkata apa, terus disumbatkan segala wang kertas ke dalam dompetnya lantas dipakaikan kepada Ani topi keledar lebih yang sentiasa dibawa kemana-mana untuk situasi-situasi sebegini. Dihidupkan enjin RXZnya lantas laju Seman memecut meninggalkan rakan-rakan sekumpulannya.

"Seman Seman... sen pun kau dapat... mambang pun kau dapat malam ni... memang malam kau la ni..."

Kata Raz, rakan karib Seman kepada dirinya sendiri.

Dalam perjalanan pulang, segala peluang untuk mencilok ruang dicelah-celah kereta tidak ditinggalkan oleh Seman. Apatah lagi, semakin kuat dia menekan minyak, semakin kuat jualah pelukan Ani. Segala jenis lampu isyarat dan bonggol tidak diendahkan Seman.

"Hehe... orang cakap pompuan ni kalau lu bagi dia takut-takut, nanti dia lagi ghairah..."

Fikir Seman di dalam benaknya sambil laju dia memecut ke dalam kawasan rumah flatnya.

Tanpa membuka topi keledar, terus dipimpin Ani naik ke rumahnya di tingkat sembilan. Di dalam lif, hati Seman berdebar-debar memikirkan rancangan seterusnya. Matanya tajam merenung susuk tubuh Ani yang tidak ubah seperti model jamu yang menjadi pujaanya.

Makin dekat mereka ke rumah Seman, makin kuat debaran hati Seman. Sampaikan tangannya menggigil masa membuka pintu. Sebaik masuk ke dalam rumah, lampu kalimantang yang malap dipasangnya.

"Ini macam baru romantik. Ani duduk dulu ye, bang Seman nak mandi jap..."

"Ala bang Seman, tak payah mandi la... meh la duduk sebelah Ani ni. Boring la sorang-sorang..."

Gedegang! Topi keledar yang dipegang Seman terjatuh dek pujuk rayu Ani.

Terketar-ketar dia berjalan ke arah Ani yang sudah pun terbaring di atas sofanya. Berderau darah Seman melihat Ani. Perlahan-lahan ditumbangkan badannya. Jari-jemarinya Seman mula nakal. Gelak tawa kecil Ani bagaikan menaikkan lagi nafsu Seman yang sudahpun membuak-buak. Ani akur, merelakan dirinya diexplore oleh Seman.

"Tok! Tok! Tok!"

Bunyi ketukan pintu rumahnya tiba-tiba membantutkan gerak-geri Seman.

"Jais... Jais..."

Suara seorang lelaki sedang melaung diluar pintu.

Seman terkedu. Degup jantungnya kini sepantas motornya tadi. Dipalingnya ke kanan dah ke kiri; tiada tempat untuk sembunyi. Hanya tingkap rumahnya menjadi jalan keluar. Tanpa menghiraukan ketinggian rumahnya, Seman terus terjun keluar tingkap sambil bergayut pada engsel tingkapnya.

"T...t...takpe takpe Ani. Gi tengok sapa tu, c...cakap ni rumah Ani. Dok sorang kat s...sini. Abang Seman cuba g...gayut kat sini..."

Kata Seman tergagap-gagap dalam ketakutan.

Ani terus ke pintu dan bila dibukanya, seorang lelaki dalam umur 30-an sedang berdiri sambil bertanya,

"Ni rumah encik Jais ke?"

Ani tergamam.

"Tolooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooong..."

Sayup tedengar suara Seman dari luar tingkap. Ani terus bergegas dan bila dijenguknya ke luar, mayat Seman sudahpun terdampar di tengah jalan.


 

Melebih-lebih


Suatu hari, sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja sedang menuju kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung. Dalam perjalanan tu..mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas..Nak di jadikan cerita..ada seorang mamat kat tepi jalan menahan bas tersebut..nak mintak tumpang..jadi bas tu pun berhenti la... Tetiba..lebih kurang 6 orang perompak keluar nak merompak bas tersebut..Sorang perompak berkata..
" Keluarkan dan bagi semua barang kemas yang korang ada..!!Cepat..!!"

Sorang pekerja kilang tu membalas..
" ..tapi..kami tak bawak barang kemas kalau gi keja..duit pun sikit je.."

Perompak berfikir seketika..
"Ha..gini la..sebab korang takder brang kemas & duit..kami rogol korang SEMUA..ahahhaa.."

Pekerja kilang yang muda berkata..
" Alalaa...takkan la makcik yang kat belakang tu nak rogol jugak..tak kesian ker.."

Tetiba..makcik tu berdiri..
" Weh..ko nie..tak paham ker..kalau dia cakap SEMUA..SEMUA la.."


 

Berenang

 


Seorang wanita berjalan di sebuah kawasan dusun. Tiba-tiba dia bertemu sebuah kolam. Lalu dia segera menanggalkan pakaian dan bersedia untuk terjun.Tiba-tiba pemilik dusun itu muncul dan menjerit dari tempat persembunyiannya, "Dilarang berenang! Saudari tidak dibenarkan berenang di dalam kolam ini!"Wanita tersebut tergesa-gesa mengambil pakaiannya. "Kenapa tak melarang saya sejak tadi, sebelum saya menanggalkan pakaian?" soal wanita tersebut. "Memanglah disini tak dibenarkan berenang, tetapi saudari tak dilarang untuk menanggalkan pakaian," jawab pemilik dusun dengan selamba.


 

Tak tahan lagi

 



Usop Belacak baru sahaja berkahwin dengan Joyah Kerengge. Setelah selesai upacara membuka hadiah dan bersanding malam itu, Usop segera menuju ke bilik pengantinnya dengan tergesa-gesa diikuti Joyah yang terpinga-pinga dan panik melihat suami barunya itu."Kenapa bang?" tanya Joyah Kerengge"Abang dah tak tahan niii!!!.." jawab Usop sambil melondehkan seluar dan samping pengantinnya.

"Alah abang nii..apa nak dirisaukan. Kan saya dah jadi milik abang untuk selama-lamanya. Kenapa tergopoh-gopoh nii?" balas Joyah dengan manja.

"Abang tak kira, abang dah tak tahan niiiihhh" kata Usop yang semakin gopoh nampaknya.

"Issyyy...abang ni buat Yah malu je la!!" kata Joyah lagi sambil tersenyum dan terus naik ke atas katil sambil menekup mukanya dengan bantal kerana malu.

Sedang Joyah Kerengge menunggu-nunggu apakah tindakan Usop Belacak yang seterusnya, tiba-tiba Joyah terdengar.......

"Kkrrrroooooosssshhhh......."

"Aikk? Macam pernah dengar je bunyi tu?" kata Joyah dalam hati.

"Abang buat apa tuu....?"

"Huhh! Lega rasanya dapat melepas! Abang memang tak tahan betul sakit perut ni dari tadi!"


 

Anak dan bapak

 



Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la...

Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.

Bedah : Ya bapak, ada apa?

Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.

Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)

Bapak : Dengar tak bapak kata.....

Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.

Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap. Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.

Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh? heh...

Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.

Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar. Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa... berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.

Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak.

Bedah : Apa???!!!

Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.

Bedah : Bapak...Bedah takut laaa. (nak nangis)

Bapak : Bedah, tengok ni

Bedah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit.

Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar.

 


 Scandalicious!!

 


Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku.Ia pulang ke rumah dengan wajah muram. Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang.Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,

"Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang."

Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.

Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,

"Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual antara doktor dan pesakitnya."

Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih...

Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,

"Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan..."


 

Ahhh..sdahla tu...otak x-rayted btul kamu ni...tyme baca pikir bkan2...



 


 




 

2 comments:

  1. pertama!! Siot la weii kau ni. Aku ingatkan apa la tdi waktu aku dok bca. 3 thumbs up dngan ibu jari kaki aku sekali

    ReplyDelete
  2. Huhh....asyik aku gak like...kureng tol wordpress ni ko kna sign up bru bleh komen.....nw i miss blogspot....all n all, thx Kim Jong Il Punya penyamar...lawak gila nick kau...tpi ko 2 spa??

    ReplyDelete